Saturday 22 October 2011

Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia (PART 3)










BAHAGIAN 3: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal:UFO

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semua apabila Dia kehendaki.”
29: Ash-Shura

UFO adalah singkatan bagi Unidentified Flying Object. Istilah UFO mula digunakan apabila seorang usahawan Amerika Syarikat Kennent A. Arnold menjumpai segerombalan sembilan objek yang tidak dapat dikenalpasti pada 24 Jun 1947 di Mt. Rainier. Ia adalah fenomena penglihatan UFO pada zaman moden yang pertama sekali direkodkan.
Setelah fenomena di Mt. Rainier itu, beribu-ribu lagi fenomena lain melanda dunia sehingga ke Malaysia sendiri pernah menyaksikan beberapa kali UFO dilihat oleh masyarakat setempat. Kejadian melihat UFO bukanlah suatu fenomena baru di Malaysia. Buku "Greatest UFO Mysteries" terbitan Orbis Publications menyenaraikan kejadian kes-kes UFO yang terkenal telah mencatatkan satu kejadian di Klang di mana dua buah piring terbang telah menghalakan sejenis pancaran ke sebuah kilang yang mengakibatkan kebakaran.
Kehilangan kapal dan pesawat serta manusia di Segitiga Bermuda terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa. Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.
Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, Edward White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.
Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.

Adakah UFO itu wujud? Apakah kaitan Dajjal dengan UFO? Benarkah makhluk asing itu sebenarnya manusia yang diculik dari dunia sebenar?

Tragedi Roswell yang terjadi pada Jun atau Julai 1947 di sempadan Mexico dan Amerika Syarikat mengundang pelbagai persoalan. Ini kerana terdapatnya pelbagai campur tangan daripada kerajaan Amerika dan tentera terhadap kes ini. Kejadian ini bermula apabila satu pesawat pejuang telah menembak jatuh objek yang tidak dikenalpasti iaitu UFO. Pertikaian masih berlarutan sehingga sekarang kerana kerajaan Amerika mendakwa yang terhempas itu bukannya UFO tetapi belon kaji cuaca yang biasa disalah anggap sebagai UFO. Kerajaan sengaja membiarkan menjadi misteri.
Isu-isu lain yang dibangkitkan ialah tentang kes-kes kehilangan kapal terbang, penculikan manusia, terserempak dengan UFO dan sebagainya. Semua kes itu adalah kes-kes yang dilaporkan oleh agensi berita Amerika. Namun apa yang pasti, dalam Segitiga Bermuda itu terdapat suatu kelompok manusia yang diasuh merencanakan cita-cita menguasai dunia. Mereka bukannya Yakjuj Makjuj.

Terdapat perbezaan diantara makhluk asing dan makhluk ghaib. Makhluk ghaib sejak dulu lagi mempengaruhi kehidupan manusia zaman berzaman.
Mari saya bawakan anda cerita mengenai makhluk ghaib.

Kisah epik dan klasik yang diambil dari sumber berkaitan:
Penampakan UFO ketika pelayaran Christopher Columbus
Pada tahun 1492 dalam “The Life and Voyages of Christopher Columbus.” Christopher Columbus dan pembantunya Pedro Gutierrez ketika di atas dek Kapal Santa Maira, kebetulan terlihat, “a light glimmering at a great distance.” Ia kemudian hilang walau bagaimanapun muncul kembali beberapa ketika kemudian sebanyak beberapa kali. Aksinya memang memeranjatkan dengan aksi turun dan naik di langit.
Christoper Columbus tidak mengalami sebarang gangguan semasa kapalnya melalui perairan Segitiga Bermuda. Columbus dinyatakan hanya melihat cahaya-cahaya diperairan itu.

Kisah Usaid Bin Hudair ra
Terdapat satu kisah sahabat Rasullulah SAW iaitu Usaid Bin Hudair ra. Sahabat Rasullulah SAW ini berasal daripada golongan Ansar dari suku Aus. Beliau dihormati oleh seluruh masyarakat Ansar dan juga Muhajirin kerana kelebihan yang ada pada beliau. Sahabat Rasullulah saw yang mulia ini adalah seorang yang pandai membaca dan menulis serta penunggang kuda yang baik. Beliau juga dikenali pemanah yang tepat.
Pada suatu tengah malam Usaid duduk di tempat ibadahnya manakala anaknya duduk disampingnya. Kuda beliau yang akan disiapkan untuk jihad tidak lama lagi terikat tidak jauh darinya. Usaid mulai membaca permulaan surah al-Baqarah dengan suara yang merdu dan indah. Tiba-tiba kudanya meronta-ronta sehinggakan tali untuk mengikatnya hampir terlucut, kemudian Usaid menghentikan bacaannya. Seketika itu juga kudanya pun menjadi diam dan tenang.
Kemudian Usaid mengulangi bacaannya kembali dan kuda beliau meronta-ronta kembali bahkan lebih teruk daripada yang pertama tadi. Usaid menghentikan dari bacaanya dan kudanya ikut diam sepertimana peristiwa pertama tadi. Maka Usaid mengulangi perbuatan tersebut berulang-ulang dan tidak menghiraukannya.
Walau bagaimanapun, Usaid kasihan akan anaknya jika terbangun dari tidurnya lalu dia bangun menuju ke arah kudanya. Tatkala berjalan, Usaid melihat ke langit dan melihat awan berjajaran dilangit membentuk payung yang sangat besar. Dan disampingnya terlihat seperti susunan cahaya yang menerangi seluruh permukaan sehinggakan Usaid naik ke tangga rumah untuk melihat yang hal menakjubkan ini sehingga hilang dari pandangannya.
Tidak pernah dilihat kejadian yang aneh ini oleh mata manusia sama sekali. Ketika waktu pagi tiba, bersegeralah Usaid menuju Rasulullah dan menceritakan apa yang terjadi pada dirinya semalam.
Maka Rasulullah SAW pun berkata kepada Usaid :
“Para Malaikat itu sedang mendengarkan bacaanmu wahai Usaid, andaikan kamu melanjutkan bacaanmu pasti manusia akan melihat para malaikat yang sebelumnya terhalang pandangan mereka dari para Malaikat”
Dan apakah payung yang sangat besar itu? Adakah ia menyerupai UFO yang dilihat zaman moden sekarang?

Kisah Nabi Zulkifli (Ezekiel) dalam Taurat (Torah)
Ezekiel atau Zulkifli adalah seorang Nabi yang dipercayai hidup sekitar kurun ke-6 sebelum masihi. Ezekiel banyak disebut di dalam kitab Torah (Taurat) tetapi tidak banyak dibicara dalam al-Quran mengenai kisah-kisahnya. Di dalam Taurat, dalam Book of Ezekiel telah terkandung kisah Ezekiel dan objek yang terbang di langit pada ayat Ezekiel 1:4-1:24.
Nabi Alias (Elijah) as adalah seorang yang diturunkan untuk memperbetulkan akidah orang-orang Yahudi yang tersesat yang mana telah menyembah patung Baal. Pada usia tuanya, Elijah menurut kitab Bible dalam King of Kings 2:7-12 telah dibawa oleh Tuhan untuk menaiki chariot ke syurga.

Saya bawakan kepada anda kenyataan tentang makhluk asing.

Akhir Zaman: Penipuan Dajjal tentang UFO

Jadi, apakah rancangan terakhir untuk menjayakan New World Order? Rancangan ini telah masuk ke peringkat ketiga dengan ancaman serangan makhluk asing (yang menaiki UFO) keatas semua manusia. Sejak berpuluh tahun dahulu, sejak zaman ibubapa kita masih kecil, manusia semua dipengaruhi oleh kewujudan makhluk asing secara perlahan-lahan. Hampir kesemua saksi yang mendakwa melihat UFO sebenarnya telah melihat Identified Fying Object. Kerana sememangnya itu adalah sebahagian dari tentera rahsia USA .

Jadi, apa kaitan dengan UFO? Besar, ini kerana sejak tahun 60an lagi manusia semakin mempercayai kewujudan makhluk asing dari angkasa lepas, malah meningkat dengan drastik sekali! Lagilah pada zaman millenium ini, cuba tanya orang sekeliling anda, majoriti akan mempercayai kewujudan makhluk asing! Ternyata, tahap pertama manipulasi pemikiran manusia keatas UFO berjaya dan sekarang sudah sampai tahap kedua. Apa itu tahap kedua? Manipulasi kedua ialah propaganda serangan makhluk asing menggunakan UFO keatas bumi bertujuan agar semua manusia bumi bersatu untuk menentang ancaman luar. Bersatu dibawah apa? Itulah New World Order yang dibina mereka sekian lama.
Perintis bidang saing roket US, Dr Verner Von Brown pernah berpesan pada kawannya, Carol (pakar strategi tentera US) . “Kamu perlu menghentikan perlumbaan angkasa lepas, kerana terdapat perbohongan besar-besaran telah diumumkan pada manusia sejagat.” Perlumbaan ini dimulakan oleh Soviet Union, yang pada masa itu merupakan musuh ketat US dalam perlumbaan persenjataan pertama di angkasa lepas. Pada masa itu, USSR adalah musuh dunia. Bila tamatnya perang dingin (USSR menjadi Russia), akan dibuat musuh baru iaitu ‘pengganas’ yang majoritinya adalah negara Islam dilabelkan negara-negara yang menganggu keamanan dunia. Pada 2011, Osama bin Laden telah dimatikan wataknya. Apa pula? Mungkin ada ancaman dari angkasa lepas seperti asteroid. Kemudian? Ya, itulah ancaman serangan makhluk asing! Dr Verner dipaksa untuk membina persenjataan angkasa dan dibuat konspirasi media untuk propaganda dan putar belit fakta dalam apa cara sekalipun. Itulah kesannya, seperti yang kita lihat sekarang.

Bagaimana konspirasi ini menilai sejauh mana propaganda mereka berjaya?

Rakyat US sering membuat soal selidik antara dari kerajaan, pemerintah, orang awam dan lain-lain mengenai dasar luar negara. Seandainya soal selidik yang dibuat tadi diumumkan, contohnya “patutkah US menyerang Libya?” Jika keputusan soal selidik itu 65% menyokong Libya diserang, tentu sekali berkesannya peranan media keatas manusia! Selepas itu, para pemerintah ini akan berkata ‘Nampaknya rakyat inginkan kita menyerang Libya’ namun dibelakang rakyat mereka berkata, ‘Bagus, rakyat akhirnya berjaya dimanipulasi dan menunjukkan media yang kita kawal ini berkesan. Mereka sendiri yang suruh kita serang Libya!’. Beginilah tujuan fenomena media. Namun, adakah mereka kisah dengan pendapat yang kita kemukakan? Adakah anda rasa mereka perlu menunggu pendapat kita sebelum mereka membuat keputusan? Seandainya soalselidik yang diumumkan itu hanya 35% sahaja yang menyokong “patutkah US menyerang Libya?”, dimana rakyat tidak sekepala dengan pemerintah, golongan elit akan terus menukar strategi dan propaganda agar akhirnya rakyat akan diprogramkan seperti yang mereka mahukan.

Ciri UFO,dalam fail rahsia ketenteraan yang dibocorkan merupakan sebuah piring terbang supersonik (kelajuan bunyi) yang menunjukkan plan diagram kapal berenjin disekelilingnya yang memecut dan membelok dengan pantas. Konsep ini asalnya dari teknologi saintis German yang tewas pada Perang Dunia II, saintis yang ditawan untuk bekerja dengan US Military untuk membangunkan teknologi ini. Apa yang ketua mereka Samiri buat? Dia mengarahkan agar diadakan beberapa fitnah (cerita palsu) untuk menutup semua ini. Seandainya terdapat saksi yang menemui benda yang aneh terbang dari lapang sasar Nevada pada waktu itu, disitulah bermulanya beberapa kejadian UFO yang dilaporkan sejak tahun 1950an. Jadi, objek secanggih itu pada masa itu tentulah menggetarkan sekaligus agensi kerajaan CIA mengesahkan kejadian itu. CIA memang mengatakan itulah UFO seperti yang rakyat nampak. Pihak ketenteraan yang paling rahsia sekalipun akan membantu pembohongan ini malah bekerjasama dengan media untuk mendedahkan perkara penampakan UFO ini. Formulanya, memesongkan rakyat terutamanya dikawasan kejadian tentang apa sebenarnya yang dilihat mereka.

Apa sebenarnya UFO yang di kita nampak itu?

Sejarah mengenai cara yang lain untuk terbang seperti yang kita lihat sekarang, telah dibuat secara rahsia sejak tahun 60an lagi, malah sejak penampakan flying fireball atau kejadian di Roswell oleh juruterbang sekitar tahun 40an menunjukkan bukti kuat mengenai kaitan teknologi rahsia ketenteraan. Ok, kerajaan US sepatutnya boleh merahsiakan perkara sulit yang tidak mahu masyarakat tahu, namun mereka boleh memanipulasikan masyakarat dunia dengan perkara rahsia tersebut. Apa yang terbukti, teknologi kerajaan boneka Samiri ini lebih maju 25-50 tahun berbanding masyarakat sedunia dari segi ketenteraan, sistem informasi, dan ilmu pengetahuan yang dirahsiakan. Mereka telah menggunakan kelebihan teknologi mereka keatas manusia sejagat. Semua ini berkait rapat dengan rancangan untuk melaksanakan New World Order dimana meletakkan keadaan penduduk bumi ini berasa perlunya satu kuasa dunia untuk membantu mereka. Mudah saja, gemparkan berita mengenai pencerobohan makhluk asing keatas bumi. Semua negara dunia akan memohon bantuan (seperti kes IMF) apabila fitnah besar-besaran ini berlaku, kepada kerajaan Judaica yang akan menggantikan kerajaan USA pada masa depan. Ianya rancangan sulit untuk rakyat memaksa kerajaan untuk menyerahkan kekuasaan pada satu kuasa tunggal dunia, secara teknologi sulit. Padahal, sudah ada pun yang kita kenali sebagai Tindakan Keselamatan Nasional (NASA).

Fitnah konspirasi ini dijalankan

Sekali rancangan mereka berjaya, selagi itu mereka akan menggunakannya. Manipulasi minda separa sedar anda! Mereka yang tidak beriman kepada Allah, Rasul, Hari Akhirat, Al-Quran, Malaikat, Alam Ghaib dan Qada serta Qadar akan sungguh mudah dimanipulasikan.
Sekali lagi saya ingatkan, persoalan tentang tipu daya Dajjal mengenai UFO mendedahkan bahawa piring-piring terbang UFO yang digembar-gemburkan oleh Amerika Syarikat (Hollywood) sebenarnya adalah konspirasi semata-mata.

Filem

Independence Day arahan pengarah Yahudi-Jerman, Roland Emmerich, yang mengisahkan serangan makhluk asing dan filem Skyline dengan 'storyline' yang sama. Jika diperhatikan, pengarah-pengarah berbangsa Yahudi di Hollywood seperti Steven Spielberg, George Lucas, James Cameron amat gemar menghasilkan filem yang 'anti-human' atau dalam bahasa mudah filem fiksyen sains-angkasa. Sememangnya itulah yang berlaku di Hollywood, pengarah-pengarah Yahudi ini cuba untuk menyogok penonton diseluruh dunia dengan ideologi yang diciptakan oleh Dajjal. Antara media dan filem mengenai extra teresstrial:
- Independence day
- The X-Files
- E.T
- Siri-siri Star Wars
- Star Trek
Banyak lagi filem-filem yang baru atau lama yang saya tidak nyatakan. Anda sendiri sudah tahu.
Strategi mereka mudah, iaitu dengan menyogok penonton dari semua lapisan masyarakat (terutama kanak-kanak) dengan 'ideologi’ ini selama puluhan tahun. Dengan kerahan hampir kesemua komponen media, lama kelamaan pastinya minda para penonton akan berjaya dikawal seperti mana yang dikehendaki oleh Dajal. Masih ingat projek manipulasi separa sedar di Military Laboratories di pulau Vozrohdeniya? Kenapa kanak-kanak? Kerana apabila projek itu dirasmikan apabila kanak-kanak tadi sudah dewasa umurnya.

Penipuan besar-besaran

Sebelum kita menerima berita ancaman dari luar angkasa, semestinya kita perlu menerima ancaman dari bumi kita sendiri. Namun begitu, sebelum kita menerima ancaman setempat, perlu diingatkan kita menerima ancaman dari dalam diri kita sendiri. Selesaikan konflik dalaman anda. Putuskan talian yang telah dipasang pada otak kita oleh mereka, bebaskan minda kita lebih dahulu. Apa yang masyarakat tahu mengenai UFO adalah amat sedikit jika dibandingkan apa yang diketahui oleh pihak perisikan ketenteraan. Semestinya, mereka mengambil kesempatan ini untuk mencapai matlamatnya. Projek Blue Beam, sedang giat dijalankan malah di Malaysia! Kumpulan mereka terdapat dimana-mana pun di serata dunia. Pihak Nasa sendiri mengalami masalah dalaman, dimana ada pihak yang ingin perkara sebenar didedahkan, manakala ada pula yang menyembunyikan. Pendedahan hanya dilakukan jika ianya tidak menunjukkan kebenaran Islam dan menjadi kelebihan pada projek Dajjal. Projek menayangkan pawagam secara maya telah pun dibuat sejak tahun 80an lagi, dan mungkin akan dirasmikan pada sukan olimpik di London 2012. Kerana apa? Seluruh dunia akan membuat liputan secara langsung semasa temasya ini berlangsung, maka berlakulah penipuan besar-besaran.

Teknologi

Kejadian besar-besaran dilakukan malah ditayangkan diseluruh dunia, malah seluruh dunia mempercayai ketiga-tiga target itu dilanggar oleh kapal terbang. Maka, sejarah palsu dicipta dengan jayanya, “World Trade Centre dan Pentagon dilanggar oleh kapal terbang oleh pengganas”. Percayalah, walaupun saya tidak dedahkan disini, perancangan pawagam besar-besaran ini sedang diatur dengan telitinya, jika saya bandingkan dengan ukuran jarak, ianya adalah seperti dalam milimiter. Betapa rapinya hingga kita semua tidak perasan. Alien ialah X-men (bukan filem x-men), dimana manusia rahsia ini kebanyakannya tentera yang ditawan dan dihilangkan, hasil dari teknologi yang tidak digunakan dalam perang dunia kedua. Mungkin dari Operasi Hitam dari Nazi. Itulah teknologi anti-graviti dimana teknologi yang dikuasai oleh bangsa jin secara teknologi hukum fizik. Dulu kita pernah tahu mengenai pesawat B-2, namun kita ia dirahsiakan kembali. Mereka sangat berahsia tapi apa yang kita tahu, teknologi mereka maju.

Tidak faham? Saya buat satu cerita. Telefon bimbit yang kita gunakan sekarang ini, siap dengan wifi dan 4G adalah perkara biasa saja pada tahun 2011. Jika kita bawa teknologi ini pada tahun 1961 di kampung Hulu Terengganu, apa yang penduduk akan cakap? Ya, anda tahu jawapannya. Begitulah keadaan manusia sekarang. Kita tidak percaya sebab teknologi sekarang tidak mencapai tahap itu. Teknologi yang kita pakai sekarang ini adalah teknologi yang tidak diperlukan mereka lagi, dengan kata lain, teknologi kelas kedua. Andainya kita tahu apa tekonologi mereka, semestinya kereta kita akan bergerak menggunakan tenaga yang tidak dimusnahkan, tidak perlu isi minyak atau cas bateri! Jika saya pergi ke perkampungan orang asli pada tahun 50an, saya katakan garam itu ialah gabungan Natrium dan Klorida, mereka akan mengatakan saya sesuatu yang buruk. (mungkin artikel ini akan dikutuk sehabisnya)

UFO memang wujud, namun fakta bahawa ianya berasal dari planet lain adalah palsu dan sengaja direka-reka oleh agen-agen Dajjal di Amerika. Makhluk asing itulah manusia X dan makhluk ghaib yang membantu Samiri itu sebenarnya adalah Jin-Jin yang ditugaskan untuk terbang ke seluruh dunia dengan menaiki kenderaan cahaya. Piring-piring tebang itu pula dikawal melalui suatu sumber cahaya yang berpusat di Segitiga Bermuda.

Ringkasan mengenai UFO :
a) Fenomena piring terbang bukan khayalan, ianya adalah perkara benar yang mempunyai kuasa genius yang menggerakkannya dari tempat lain.
b) Piring-piring terbang itu wujud dalam keadaan yang nyata, berfizikal, berjisim dan sama seperti mana kapal-kapal terbang yang biasa kita lihat. Cuma bezanya mungkin dari segi bahan buatan dan bentuk. Yang membezakan piring terbang itu dengan kapal terbang – kapal terbang di dunia ialah teknologi yang digunakan.
c) Pemandu-pemandu piring terbang yang kelihatan rupa parasnya dengan pelbagai bentuk pelik itu sebenarnya manusia biasa. Mereka diasuh, dididik dengan bahasa-bahasa asing yang dimiliki di Segitiga Bermuda. Mereka juga adalah manusia yang diculik dari dunia sebenar dan diajar pula menggunakan teknologi-teknologi canggih milik kerajaan Dajjal.
d) Piring terbang – piring terbang milik kerajaan Dajjal sebenarnya berlabuh dan berlepas dari pengkalan-pengkalan yang banyak di Segitiga Bermuda.
e) Semua piring terbang itu adalah milik Dajjal dan pernah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu.

Saudara, siapa yang mencipta kita semua, dan untuk apa kita dicipta. Walaupun saya tahu ramai dari anda masih mentah dan tidak dapat menerima artikel ini, Insyaallah pada masa depan anda akan tahu jua jika Allah memberi hidayah kepada anda. Hanya mata hati dapat melihat segalanya yang tidak dapat dilihat mata kepala.
Sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?

“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”
As-Shod, ayat 35
.

No comments:

Post a Comment