Friday 21 October 2011

BERAMAL DENGAN HADIS NABI

· Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

· Sabda Rasulullah S.A.W. :

“Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"

· Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh."
(Hadis riwayat Muslim)





JADI WALAU BAGAIMANA LETIH PON KITA PAGI-PAGI...BANGUNLAH SOLAT SUBUH.....tak susah sebenarnya..kuatkan diri lawan syaitan ngan nafsu tuh..kalau kita boleh lawan diorang kat atas dunia..insyallah kat akhirat nanti kite tak tergolong dengan diorang..insyallah....


sekian~~

No comments:

Post a Comment