Friday 21 October 2011

HIMPUN HIMPUN



HIMPUNAN SEJUTA UMAT (HIMPUN) : Anda kalau nak berhimpun, berhimpunlah 30 juta orang sekalipun tak apa, siapa tak marah asalkan jaga hak2 orang lain. Tapi bila menggunakan label/jenama islam untuk menjadikan itu agenda perkauman sangat bangsat disitu, fitnah yang besar pada islam bila bangsa lain melihat islam agama sempit perkauman, jangan cuba untuk menjadikan islam ekslusif kepada orang melayu ...saja. Belum pernah dibuat nabi s.a.w yang berbangsa arab.

Saya percaya ramai insan yang soleh yang pergi di atas tajuk yang benar namun akhirnya tertipu dengan agenda yang tersembunyi, seperti saya katakan sebelum ini, melayu mudah tertipu dengan 2 sentimen. 1 sentimen perkauman .2 sentimen keagamaan. Lalu dijuallah nama agama demi melariskan produk perkauman tersebut. Maka tertipulah ramai insan soleh tadi. Moga anda cepat sedar dan bingkas bangun dari pembodohan ini - IAR

PETIKAN KATA-KATA DR ASRI :

Islam adalah agama dialog dan hujah. Ia bukan agama perhimpunan untuk membantah orang lain bersuara. Itu perbuatan gereja yang telah menghasilkan natijah yang buruk dan melahirkan sikap anti-agama. Menjerit di jalanan kerana kononnya ada orang murtad adalah tindakan yang tidak bijak. Padahal Allah telah memberikan panduan agar Islam ditegakkan atas hujah dan dialog - DR ASRI ZAINAL ABIDIN

Firman Allah (maksudnya):

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).Lihat seterusnya..

No comments:

Post a Comment