Saturday 22 October 2011

Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia(PART 1)


BAHAGIAN 1: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal:UFO

Sedikit info mengenai Bermuda:
- Sememangnya wilayah mistik yang terus kekal misteri sehingga kini.
- Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda
- Berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi dan terdiri 359 pulau dam 359 penduduk.
- Dinamakan segitiga bermuda oleh pakar misteri lautan, Vimcent Cadys.
- Lebih kurang 100 kapal terbang dan laut hilang serta 1000 orang turut hilang.

Chris Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’ kerana sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan.
Antara sejarah kejadian yang dilaporkan:

- Peristiwa besar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880. Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

- Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus ghaib tanpa dapat dikesan. Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.

- Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang sedang melakukan rondaan melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang. Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.
Info terakhir dari Left Charles Taylor (pesawat TBF Avenger) kepada menara kawalan (Com Wersink):

“ Disini Left Charles Taylor, komander kumpulan-19. Adakah kami ditawan? Tolong jawab, kami kehilangan petunjuk untuk pulang, kami tersesat... saya tidak dapat melihat daratan. Saya tidak tahu dimana arah barat, semua yang ada disekitar saya menjadi terganggu dan pelik... Malah tempat saya berada ini pun saya tidak tahu, nampaknya...nampaknya...” talian terputus.

- Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan komander Wersink menghantar pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner TIMSAR diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap begitu sahaja bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan. Walaupun begitu, hubungan radio sempat dirakam kembali sebelum TIMSAR itu lenyap dari Left Charles Taylor;

“Boleh dengar? Tolong jawab. Sekarang saya tahu dimana saya berada. Akhirnya saya tahu dimana kedudukan saya. Saya berada ketinggian tidak kurang dari 230 kaki. Tetapi ada sesuatu yang ganjil. Tidak, apa yang saya lihat amat susah hendak dipercayai! Boleh dengar?” talian terputus.

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.

Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes:
a) Ghaib ketika keadaan cuaca baik
b) Kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal
c) Perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.

Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda, antaranya:
a) Teori lingkungan waktu
b) Medan graviti terbalik
c) Anomali magnetik-graviti
d) Fenomena gempa laut
e) Serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.
f) Bekas kerajaan atlantis
g) Pusat kerajaan orang halus dan jin
g) KERAJAAN DAJJAL

Berita penculikan oleh makhluk asing atau UFO mempunyai kaitan dengan operasi sulit pihak tentera dan kerajaan. Mereka yang hilang telah dihantar ke Military Laboratories (berada di Vozrohdeniya di Aral Sea – ESMBL). Mereka yang terlibat diajar kaedah saintifik untuk projek dajjal iaitu manipulasi minda separa sedar. (akan dibongkar dalam artikel lain)
Dajjal?
Ya, saintis kafir tidak dapat merungkai kerana mereka tidak mengenal Islam dan Al Quran serta Hadis.

“Sesungguhnya orang-orang kafir,
sama sahaja kepada mereka...
Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran,
mereka tidak akan beriman.
Allah materaikan atas hati mereka dan telinga mereka...
dan pada mata mereka...
ada penutupnya...
dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. “
6-7: Al Baqarah

Mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?. Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, Dajjal itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.
Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis. Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri.

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”
19-20: Ar-Rahman

Menurut beberapa manuskrip kuno Yahudi, yang masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada dalam kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada didalam Laut Nil. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini.

“Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”
27: Al-Hijr

Bermula dari situlah, Samiri sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa.

Saya tinggalkan kepada anda firman Allah sebelum kita akhiri kisah ini;

“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi, maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar KECUALI DENGAN SATU KEKUATAN.”
33: Ar-Rahman

Jadi, siapakah Samiri? Ikuti sambungannya...

No comments:

Post a Comment