Saturday 22 October 2011

Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia(PART 2)

BAHAGIAN 2: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal:UFO

Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu. Dahulunya kita semua kurang ambil kisah tentang kisah Samiri, kita cuba mengetahuinya sebagai penyesat Bani Israel.

“ (Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: "Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri."
85: Ta-Ha

Sejarah Samiri:
- Keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s. Kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.
- Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Samiri telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak. Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.

“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”
(Riwayat Imam Ahmad)

- Setelah sampai masa, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat. Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari Azazil. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu. Dalam dialog tersebut terdapat pertanyaan mengenai Tasik Galilee.

"Dan tak lama lagi, aku (Dajjal) akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar dan mengadakan perjalanan di muka bumi, dan tak satu tempat-tinggal pun yang tak kusinggahi selama empat puluh malam, kecuali Makkah dan Madinah"
(idem, halaman 2988).

- Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.
- Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as datang kepada Nabi Musa ketika sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat jejak kaki kuda Malaikat Jibril as dan disimpannya.

“ Ia (Samiri) menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari KESAN JEJAK Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku".
96: Ta-Ha

- Dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri. Selepas itu, Samiri kembali ke Mesir untuk memulakan konspirasinya.

"Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: "Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!"
88: Ta-ha

-Adakah anda perasan, banyak patung-patung pujaan Illuminati dan Freemason berkonsepkan patung berkepala binatang dan bertubuh manusia?
- Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina.

"Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.”
97: Ta-Ha

- Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.
- Dajjal yang telah menemui suatu kaum yang dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan (Aztec).

"Ada beberapa kaum yang bersahabat dengan Dajjal akan berkata: "Sesungguhnya kami tahu bahwa Dajjal adalah kafir, tetapi kami bersahabat dengan Dajjal, agar kami dapat makan dari makanannya, dan agar kami dapat memberi makan ternak kami dari pohon-pohonnya"
(idem, halaman 2092).

Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.
Pernah dengar jin yang bernama Ifrit?

“Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah."
39: An-Naml

Berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh jin. Di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.
Dajjal adalah raja di kerajaan rahsia di Segitiga Bermuda. Dia sedang berkonspirasi di sebalik kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia ini malah menetap secara terus di Segitiga Bermuda.
Jadi, bagaimana dia menjalankan konspirasinya? Tentulah dengan kenderaan yang pantas.

"Ia akan meloncat-loncat di antara langit dan bumi"
(Abu Dawud).

"Ia mempunyai seekor keledai yang ia naiki, yang jarak antara dua telinganya adalah empat puluh yard"
(Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2104).

Mengikut pendapat individu, kenderaan ini adalah satelit yang digunakan Samiri untuk meluaskan agendanya ke seantero dunia untuk menguasai manusia. Namun ada sesetengah pendapat kenderaannya ialah ‘objek terbang yang tidak dikenali’ iaitu UFO.

Dajjal keluar atau muncul di tengah-tengah masyarakat secara berfasa-fasa. Adakalanya ia muncul mengaku sebagai Nabi dan ada kalanya ia muncul dengan memimpin sebuah organisasi. Dajjal keluar hanya sekali di tengah-tengah masyarakat adalah tidak benar.
Rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah terbongkar, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar.

Pening? Mari saya simpulkan biodata Samiri dalam Info berikut:

Nama Samiri dinyatakan tiga kali dalam Al-Quran.
Nama Sebenar: AL-MASIH DAJJAL AS-SAMIRI
Gelaran: The Hidden Hand dan All Seeying Eye.
Tempat Tinggal: Kerajaan Alam Ghaib di Segitiga Bermuda.
Sifat Diri: Telah bersemadi dengan Iblis.
Tahap Ilmu: Memiliki Ilmu Tahap Tinggi serta sihir-sihir terhebat terus dari Izazil
Kedudukan: Bersembunyi dalam alamnya.
Kemunculan: Akan muncul disuatu masa nanti yang telah ditetapkan oleh Allah baginya.
Matlamat: Menyebarkan fitnah besar dan merosakkan seluruh pelosok muka bumi bagi orang yang tidak mahu mengikutnya.
Kedudukan Dalam Kerajaan Jin: Yang ke dua selepas Izazil dan Yang Pertama dalam Kerajaan Alam Ghaib sebelah barat.
Orang Yang Paling Disayanginya: Orang-orang yang setiap harinya berusaha untuk menjayakan misi ke arah kemunculan semulanya (Freemason, Illuminati, Skull and Bone, Rotary, dan lain-lain).
Perwatakan: Jahat, busuk hati, kejam, ganas, pembawa kerosakan dan kemusnahan.
Kejatuhan Kerajaannya: Di suatu masa yang telah ditetapkan oleh Allah yang mana kerajaannya akan tumpas dibawah tangan Panji Hitam dari Timur pimpinan Imam Mahdi.
Tarikh Mati: Telah ditetapkan oleh Allah swt pada suatu masa nanti yang dia akan dibunuh oleh Nabi Allah Al-Masih Isa AS.
Fizikal: Berada dalam kandungan ibunya selama 13 bulan (sebab mengapa nombor 13 menjadi kegemaran para pemuja Lucifier)
Target: Mengambil ahli manusia 999 dan orang islam 72.

Betapa geniusnya Samiri, tapi dia lupa amaran Allah;

“Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun. “
46: Ibrahim

Sila kembali pada ajaran Islam sepenuhnya jika tidak mahu menjadi mangsa kepada Samiri.

p/s: Info sulit tidak dapat dinyatakan, kerana ia disembunyikan untuk keselamatan page ini.

Jadi, apa kaitan Dajjal dan UFO? Ikuti sambungannya...

No comments:

Post a Comment