Thursday 24 November 2011

~satu pesanan ringkas yang terlebih isi~

Assalamualaikum pembuka bicara..semoga sahabat-sahabat semua masih lagi diberi kesenangan dalam hidupp..alhamdulillah..ape itu kesenangan hidup??kesenangan hidup itu bukan hanya terletak pada kekayaan semata-mata..kekayaan itu hanyalah ujian allah kepada segelintir hambanya..tidak dapat tidak saya boleh katakan bahawa selagi kita ade keupayaan,selagi kita ade tangan,kaki,mulut,mata,hidung,otak dan hati..selagi kita masih diberi semua itu..kita adalah orang yang berada dalam kesenangan..begitu juga jika masih ada udara untuk dihirup,masih ada air untuk diminum,masih ada makanan di dapur..maka masih ada kesenangan untuk kita..bersyukurlah dengan apa yang diberi sekarang..itu semua hanyalah pinjaman yang diberikan oleh tuhan pencipta yang maha penyayang kepada hamba-hambanya..

Janganlah kita mengaku memiliki semua yang ada di dunia ini kerana walau mahal sekalipun nilai barang yang kamu miliki itu, ia tetap kepunyaan Allah S.W.T...dalam sekelip mata saja benda itu boleh terlepas dari genggaman kita..kita sudah berada di penghujung zaman..telah dijanjikan Allah bahawasanya kita akan kembali kepada zaman dahulu secara perlahan-lahan..mungkin ramai yang tidak menyedarinya..tetapi dapat kita lihat seakan-akan zaman sekarang memiliki permandangan yang sama seperti di zaman jahiliyah dahulu..tidak perlulah saya menerangkan secara terperinci kerana kita semua boleh lihat dengan mata kita sendiri..

Semakin hari,semakin dekat kita kepada pengakhiran..dan semakin ramai umat kita yang leka dan tertipu dengan dunia ini..dunia ini hanyalah sementara..untuk apa kita curahkan kasih sayang kita,kesetiaan kita kepada benda yang sudah nyata sementara??asbab kejadian kita menjadi begini adalah kerana minda kita sudah dimanipulasi,sudah dikawal oleh musuh-musuh kita..sehinggakan kita tidak dapat membezakan musuh dan sahabat..musuh kita telah mengawal kita sehinggakan hampir semua perkara bergantung kepadanya..sungguh hebat musuh-musuh Allah ini..tapi ingatlah walau sehebat mana merekapun,tanpa izin Allah apa yang mereka rancangkan tidak akan pernah menjadi..

Berbicara tentang musuh..nusuh yang sebenar ialah musuh yang wujud didalam diri kita sendiri..iaitu nafsu..antara jihad yang paling mulia ialah jihad melawan nafsu sendiri..sesungguhnya kita adalah seorang yang hebat jika kita dapat melawan nafsu kita sendiri..apabila nafsu kita mampu dilawan..maka akan mudahlah segala urusan kita dalam meningkatkan cinta kita pada ilahi..pabila kita dapat mengawal diri kita..insyallah syaitan sendiri akan gerun melihat kita..jadi cubalah berjihad melawan nafsu itu..

Dibawah ini ada link untuk dibaca..marilah kita renungkan..kita muhasabah diri kita pabila membaca artikel di dalam link ini yang ditulis oleh MAWLANA SHAYKH NAZIM ADIL AL-HAQQANI





ps*

aku bukanlah alim tapi cuba menyampaikan disamping memperbaiki diri aku sendiri..

Saidina Ali r.a juga ada mengatakan:

"Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan"




~sekian~

No comments:

Post a Comment