Monday 31 December 2012

KENAPA dan MENGAPA (part 1)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi setelah sekian lama tidak menjamah blog ini..dan akhirnya timbul detik di hati ini untuk mengarang semula..kerana bermulanya tahun yang baru..dan terasa banyak yang perlu diulang tayang semula apa yang berlaku kepada diri sepanjang tahun 2012..dan terasa perlu di ambil iktibar..pedoman..kerana kata orang bijak pandai..pengalaman itu adalah guru yang paling hebat untuk diri kita ini..

Antara perkara yang paling utama yang sering aku fikirkan sepanjang tahun 2012 ini ialah perhubungan di antara aku dengan allah..tuhan yang menciptakanku..tuhan yang wajib aku jatuhkan dahiku di atas sejadah bersujud saban hari..dan apa yang aku lihat..tahun 2012 menyaksikan bahawa hubungan aku dengan allah semakin pudar..saban hari aku memikirkannya tetapi hanya hati dan akal yg berfikir sedangkan tubuh badan tidak berinteraksi dengan baik..aku semakin kerap tinggalkan solat..pada mulanya diri ini terasa seperti kebiasaan..tapi lama kelamaan..terasa satu kekosongan..Kenapa dan Mengapa??mungkin atmosfera yang aku duduki tidak menekan aku untuk melakukannya..tapi jika aku salahkan atmosfera..ini bermakna aku menyalahkan orang di sekeliling aku..sahabat-sahabat aku..ibu bapa ku..orang yang mengenaliku..dan itu sebenarnya salah sama sekali..dan aku mula menyedari yang kesalahan itu terletak diatas bahuku sendiri..terlalu lemah..terlalu longlai..tewas dengan godaan syaitan laknatullah..kadangkala aku terasa sebak..sedih dengan diriku sendiri..dimanakah ilmu akhirat yang aku bersungguh2 kejar dulu??dimana pergi semua itu..sungguh malu dengan diri sendiri..menasihatkan orang seakan-akan aku ini seorang ustaz..dan pabila orang menegurku...dimana hilang semua ilmu itu??betapa munafiknya aku ya allah..ya allah aku mohon kepadamu ya allah kembalikan semula diriku yang dulu..luruskan kembali jalanku yang kian memesong saban hari ya allah..aku pohon ya allah..semoga tahun 2013 akan memberikan sinar harapan..sinar hidayahmu kembali kepadaku ya allah..amin..


Tahun 2012 juga menyaksikan aku kehilangan orang tersayang antaranya arwah atok aku..arwah yang sangat menyayangi ayahku walaupon ayahku hanyalah anak tirinya..dan kasih sayang itu tumpah kepadaku..sehinggakan aku dianggap oleh saudara mara sebagai cucu kesayangan..memang aku akui..aku diberi lebih kasih sayang..tapi apa yang aku ingin aku kongsikan disini ialah tentang dimana air mataku??kenapa dan mengapa air mata ini tidak menitis langsung saat arwah diuruskan jenazahnya..saat dikebumikannya..semasa aku sampai..aku seperti orang yang tiada hati dan perasaan..langsung tidak timbul rasa sedih dihatiku ini saat melihatnya untuk kali terakhir..sedangkan disaat dia sedang sakit..di malam merdeka..di mana anak2 muda seperti aku keluar bersama teman2..aku menjaganya..aku yang mengangkatnya ke tandas..dan aku masih ingat perbualan pendek aku dengannya ketika dia sakit.."maaflah kalau tok ayah banyak menyusahkan amar..kalau ikut adat..masa tok ayah nie dah sampai.." aku terkejut mendengarnya..sedih terasa ketika itu..dan aku menguatkan hati untuk membalas perbualannya.."tok ayah jangan risau laa..kalau allah cakap tok ayah boleh hidup lagi..maka hiduplah lagi..ini semua kerja allah..kita manusia kita tak tahu bila masanya" dan aku menangis ketika itu..alhamdulillah dipanjangkan umurnya untuk membuat umrah yang terakhir sebelum bertemu dengan penciptanya..atok sihat sangat sebelum pergi umrah..langsung x nampak sakit..pergi masjid macam biasa..tapi siapa tahu..itu peluang terakhir allah berikan kepadanya..selang seminggu atok balik umrah..atok jatuh dalam tandas..dan seminggu selepas itu..atok sudah tiada lagi..al fatihah untuk atok..amin..persoalannya kenapa aku tidak boleh menangis dan tiada rasa sedih dikala melihat orang kesayangan aku pergi meninggalkan dunia ini??tapi bila difikirkan balik..ada baiknya aku tidak menangis meratapi pemergian mereka kerana ianya akan lebih menyiksa bagi mereka..alhamdulillah amin..

Okeylaa aku rasa cukup setakat ini untuk entri kali ini..takut nanti boring pulak panjang sangat..next entri aku akan bercerita tentang masalah cinta yang aku alami sepanjang 2012..insyallah..

sekian wassalam :D

Ibnu Qayyim rahimahullâh pernah berkata tentang cinta yang terpuji:

“Cinta yang terpuji adalah cinta yang memberikan manfaat kepada orang yang merasakan cinta itu untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya. Cinta inilah yang menjadi asas kebahagiaan. Sedangkan cinta bencana adalah cinta yang membahayakan pelakunya di dunia maupun akhirat dan membawanya ke pintu kenistaan serta menjadikannya asas penderitaan dalam jiwanya.”

1 comment: